Tuesday 15 August 2017

Pengembaraan Ke Puncak Abadi Para Dewa (Part 3)





untuk baca part 2 sila klik kat sini

Petang di Ranu Kumbolo begitu mengasyikkan. Segala penat dan sakit sendi turun dari puncak Mahameru terus lenyap bila betul2 bersemuka dengan gigi tasik Ranu Kumbolo. Matahari masih menyinar terang tetapi angin yg bertiup dingin di depan tasik begitu menyamankan.


Aku bersama Imran, Aimi dan Syukor berbual2 kosong sambil menikmati pemandangan di situ. Kelihatan ramai pendaki yg mula memasang khemah. Ada juga pendaki yang akan ke Kalimati.


lepak dlm khemah Aimi


Sempat jugak aku melihat para2 pendaki yang kepenatan melalui Tanjakan Cinta. Walaupun bukit tersebut tidaklah terlalu tinggi, tetapi dengan bebanan beg yang dibawa sedikit sebanyak melelahkan mereka.
pendaki yang memaksa diri di Tanjakan Cinta




Menjelang senja, kami semua kesejukan dan mula mengenakan windbreaker masing2. Aku pakai semua baju dan seluar yang ada sepertimana aku mendaki puncak Mahameru. Porter yang baru tiba terus mendirikan khemah. Seperti di Kalimati, aku dan Abang Firhat berkongsi khemah yg sama..


Tidak banyak yg kami lakukan malam tersebut. Selepas makan malam, kami terus tidur. Mesti bangun awal untuk menikmati sunrise yg akan terbit betul2 di antara dua bukit di Ranu Kumbolo.

Jam 4pagi aku bangun dari tidur. Kelihatan abang Firhat di luar khemah bersiap sedia untuk solat subuh. Kawan2 aku yg lain masih lena. Sambil menanti sunrise aku dan abang Firhat tidak banyak bercakap. Ditemani dengan cahaya dari khemah2 di situ, kami cuma menikmati angin pagi, kesejukan yang aku rasa sejuknya seperti ketika summit attack pada hari sebelumnya.

Ramai yang sudah bersiap sedia dengan kamera masing2 di depan tasik. Kawan2 aku yg lain mula bangkit dari tidur. Aku dan abang Firhat cuma berdiri di depan khemah. Kami semua berkongsi tujuan yang sama, menantikan akan cahaya pertama yang akan muncul di antara dua bukit di Ranu Kumbolo.


first light of Ranu Kumbolo

depan tu Abg Firhat


khemah hijau tu khemah aku

Setelah puas menikmati sunrise, porter kami mula beraksi di hadapan kuali untuk menyiapkan sarapan pagi. Dalam serba kekurangan tetapi porter tetap komited untuk menjamu perut2 kami. Hidangan pagi itu, nasi goreng pedas mantap bersama Puding Nutella. Makan tepi khemah, berlatar belakangkan tasik lagenda Ranu Kumbolo terasa seperti sarapan pagi di hotel 6 bintang.


porter tgh siapkan breakfast




Selepas menikmati sarapan pagi, aku dan kawan2 yang lain mula bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan. Kami akan kembali ke starting point di Ranu Pane. Bermalam di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Penanjakan, Gunung Bromo, Pasir Berbisik dan Bukit Teletubbies.

Meninggalkan Ranu Kumbolo adalah perkara yang paling sukar sepanjang pendakian aku ke Gunung Semeru!


selfie dulu sebelum tinggalkan Ranu Kumbolo


*********

Ketika breakfast, kami dikejutkan oleh radio walkie talkie guide kami Hernandez, ada pendaki yang ditimpa bongkahan batu semasa summit attack pada pagi tersebut. Pendaki tersebut tidak dpt diselamatkan, meninggal dunia. Pendaki wanita dari Jakarta, beragama Islam.
Al-Fatihah.


Tamat.

Ditulis dengan penuh yakin, tanpa musykil dan rendah diri oleh Ahmad Armizan Bin Mohamed.

Wednesday 7 June 2017

Pengembaraan ke Puncak Abadi Para Dewa (part 2)

untuk baca part 1 sila klik kat sini

Menghampiri jam 1 pagi, porter kami, Herman mengejutkan kami dari tidur. Hidangan Bakso dan teh serai sudah tersedia. Rasanya baru sahaja kami makan malam tadi. Sekarang kena makan lagi. Kata Herman bakso tersebut cukup untuk membekalkan tenaga untuk kami sampai ke puncak. Teh serai pulak dapat menghangatkan badan.

Sedang kami bersiap2 untuk memulakan pendakian, Syukor dan Aimi datang memberitahu kami yang mereka tidak akan naik ke puncak. Syukor aku tahu yang tapak tangan dia memang tercedera, manakala Aimi pula memberitahu yang dia mula terasa tidak sedap badan. Demam katanya. Kami semua mula terasa agak kecewa juga pada mulanya. Atoi dan Hafiz berkali2 memujuk Aimi untuk meneruskan pendakian ke puncak.

Arif selaku guide kami akan memimpin perjalanan pada pagi itu. Hernandez akan menemani Shukor dan Aimi di khemah. Manakala Herman, porter kami juga akan berada di khemah.

Sebelum memulakan perjalanan, Arif memberi taklimat ringkas. Insuran dan permit hanya sampai ke Kalimati, iaitu basecamp kami sekarang. Untuk mendaki ke puncak adalah tanggungjawab sendiri. Kami semua memang sudah maklum dari hari pertama pendakian. Berkali2 Arif mengingatkan supaya sentiasa peka dengan batu2 yang jatuh dari atas. Di hari pertama pun kami dikejutkan dengan pendaki yang terkena bongkahan batu yang jatuh.  Tapi  dah datang dari jauh mana boleh tak cuba naik ke puncak kan. Arif menerangkan yang perjalanan kami ke puncak mungkin mengambil masa sekitar 4-8 jam bergantung kepada fizikal dan mental masing2. Dari Kalimati kami akan memasuki hutan sepanjang 1.5km sebelum sampai ke Checkpoint Arcopodo. Dari Arcopodo untuk ke puncak pula sepanjang 1.2km. Cut Off Time bagi kami semua untuk sampai ke puncak pada jam 10pagi. Sesiapa yang tidak sampai ke puncak pada jam 10pagi di minta untuk turun ke basecamp. Ini kerana asap yang meletus selepas itu bahaya untuk kesihatan..

Selepas selesai taklimat ringkas, Atoi membaca doa semoga dipermudahkan perjalanan kami. Dalam kesejukan pagi kami melangkah. Arif memimpin perjalanan kami, di ikuti dengan Hafiz. Yang lain hanya mengikut dari belakang. Memasuki hutan track terus mendaki, walaupun tidaklah terlalu pacak di permulaan tapi dengan cuaca yang sejuk mengganggu jugak langkahan aku,

Dengan jelas kami dapat melihat sinaran cahaya dari headlamp pendaki2 di atas. Terasa mental jugak bila tengok cahaya dari headlamp tersebut. Makin lama Arif dan Hafiz sudah meninggalkan aku dan yang lain, Ketika itu aku bersama dengan Imran dan Abang Firhat, Yang lain2 di belakang. Pendaki2 lain mula memotong kami,

Selepas sejam lebih mendaki aku sampai di Arcopodo. Abang Firhat sudah tidak kelihatan, Aku tidak pasti sama ada Abang Firhat di depan atau di belakang aku. Tidak lama kemudian aku tiba di track berpasir. Dari blog2 yang aku baca, cabaran untuk menawan puncak bermula dari sini. Track berpasir sepanjang lebih 1km harus diharungi, Di permulaan track tersebut aku bersama pendaki2 lain di dalam satu barisan. Ini kerana track yang terlalu sempit. Di sini jugalah laluan yang diberikan nama Blank 75 atau lebih dikenali sebagai zon kematian ( dulu2 ada kes pendaki jatuh dari sini ) Tersilap langkah mungkin kami akan terjatuh ke bawah,

Permulaan track berpasir. Dalam gelap x nampak pun track ni terlalu sempit

Selepas melepasi Blank 75, track pacak sehinggalah ke puncak.Setiap langkah harus berhati2. 2-3 kali melangkah, aku menggelongsor ke belakang. Cuaca yang sejuk mengganggu langkahan aku, Dalam kegelapan tidak banyak yang boleh dilakukan. Melayani langkahan di track berpasir mula membuatkan mental aku terganggu. Berhenti rehat sudah tidak terkira. Pendaki2 lain pun sama. Yang berbaring di atas pasir pun ada. Semakin lama aku mendaki, hidung aku mula berair ( aku tak tahu kenapa, mungkin disebabkan oleh cuaca). Sungguh tak selesa aku dibuatnya. Facemask yang aku pakai seolah2 tidak berfungsi. Hanya dapat menghalang pasir dari masuk hidung sahaja.

Dalam kegelapan terus melangkah

Hampir 4 jam  aku mendaki dari basecamp, dari sebelah kiri aku sunrise sudah mula kelihatan. Kelihatan ramai pendaki yang mula berhenti dan cuba mengambil gambar. Begitu juga aku. Seperti di Rinjani aku tidak berkesempatan untuk melihat sunrise di puncak, di Semeru pun juga begitu. Sambil2 melayani sunrise, aku sempat juga makan snickers, buat menambahkan tenaga.

sunrise di pertengahan pendakian

Ketika hari sudah mula cerah, aku dapat lihat akan bendera Indonesia berkibar dengan megah di atas sana. Aku sempat bertanyakan kepada pendaki tempatan, yang adakah bendera itu menandakan puncak Mahameru. Ternyata ianya benar. Terus aku bersemangat. Tetapi track berpasir tidak mudah untuk di lepasi. Dekat di mata tapi jauh di kaki, Dengan perlahan aku melangkah sambil melayani pemandangan dan memerhati gelagat pendaki2 lain.



Bendera Indonesia di atas sana kelihatan semakin jelas. Aku semakin dekat dengan Mahameru. Tiba2 kedengaran seperti ada benda meletop, Asap hitam muncul dari atas puncak. Mahameru telah meletuskan asapnya. Sebenarnya ia adalah fenomena biasa di sini. Semeru akan meletus setiap 10-20minit. Jam 6.15pagi aku sudah sampai di puncak. Benda pertama yang aku buat adalah terus bergambar di bendera Indonesia tersebut.

Selepas itu aku tercari2 kawan aku yang pasti sudah sampai di puncak.

Selepas jumpa Arif,Hafiz dan Imran aku ronda2 atas puncak. Puncak ini luas, pendaki pun agak ramai. Puncak Mahameru sudah seperti Sogo. Aku sempat bersembang dengan sekumpulan pendaki tempatan yang bersama2 aku di Jambangan, Mereka semua peramah, dan aku tanpa ragu2 menerima tawaran untuk makan bersama dengan mereka. Bukan setakat makanan, rokok pun diorang bagi. Aku hisap la sebatang (orang kata dengan merokok ni boleh buat tambah kawan). Semasa aku bersama mereka, Semeru meletus lagi. Tidak sekuat letupan yang pertama tetapi bagi aku ianya tetap menarik. Dekat Malaysia mana nak dapat macam ni,




Aku kembali ke tempat kawan2 aku berkumpul. Abang Firhat baru tiba. Di tempat kami berkumpul, terdapat sekumpulan pendaki dari Malaysia. Orang Pahang pun ada. Sempat jugak aku pinjam mafla Pahang dengan pendaki dari Muadzam.. Selepas kawan2 aku semua tiba di puncak. kami mulakan sessi wajib. Sessi fotografi. Terus hilang kepenatan bila dapat bergambar.




Kami turun dari puncak sekitar jam 9 pagi. Lama jugak aku di puncak rupanya. Untuk turun ke basecamp tidak memerlukan tenaga yang banyak. Menuruni laluan berpasir mudah sekali. Tidak sampai 30minit aku sudah sampai di Arcopodo dan dari Arcopodo untuk sampai ke khemah pula tidak sampai sejam. Apabila tiba di khemah, makanan sudah terhidang. Ini lah bestnya bila naik gunung ada porter. Makanan tak payah nak fikir.

Ni lah track berpasir yang menyiksakan 



Selesai makan, kami mula bersiap2 untuk ke Ranu Kumbolo. Kami akan bermalam di sana.


Akan bersambung....


Ditulis dengan penuh yakin, tanpa musykil dan rendah diri oleh Ahmad Armizan Bin Mohamed.







Monday 29 May 2017

Pengembaraan ke Puncak Abadi Para Dewa (Part 1)

Dewa-dewa, tunjukkanlah..
kepada kami semua..
mereka semua tidak percaya..
kepada dewa-dewa...

Line up seramai 9 orang,(aku,Imran,Shukor,Aimi,Abg Firhat,Wan,Nad,Hafiz dan juga Atoi) di bantu dengan 2 orang guide tempatan( Arep & Hernandez) bersama seorang porter (Herman) akan cuba menawan puncak tertinggi Tanah Jawa.  

Menghampiri pukul 11pagi, kami baru memulakan perjalanan. Rasa macam lewat kan? Proses pendaftaran untuk mendaki Gunung Semeru bagi aku memang merumitkan kerana kena buat medical check-up bagai. Nasib baik Hernandez ada kabel besar, maka kumpulan kami tidak perlu mendengar taklimat dari pihak berkuasa tempatan. Kalau kena dengar taklimat tak tahu lah pukul berapa kami boleh memulakan pendakian.

taklimat ringkas dulu...


Arep memberi taklimat ringkas untuk pendakian hari pertama. Kalimati adalah tempat yang kami tuju, kami akan bermalam di sana sebelum summit attack. Untuk sampai ke Kalimati kami akan mengambil masa sekitar 5-7 jam. Mengikut perkiraan Arep jarak dari starting point ke Kalimati adalah 17.5 km. Wow!

pintu gerbang ke Semeru


Awal2 pendakian kami dihidangkan dengan pemandangan kebun2 sayur  penduduk tempatan. Shukor dan Aimi mendahului pendakian ketika itu. Aku berada di kelompok pertengahan bersama Imran ataupun lebih dikenali sebagai abang guide Tahan, Abang Firhat dan Hernandez. Yang lain2 di belakang. Semasa aku bersama dengan Hernandez, beliau ada mengatakan  di sepanjang  checkpoint nanti akan ada warung2 kecil menjual buah, air dan juga makanan2 ringan. Aku agak terkejut kerana tidak dapat dibayangkan macam mana rupa warung2 tersebut. Hernandez bagitahu yang warung2 tersebut diusahakan oleh penduduk tempatan, dan tentang harga jangan khuatir kerana harganya murah.

Setelah sekian lama melalui track yang agak santai kami mula memasuki pola pendakian yang sebenar. Trek sudah mula mendaki sikit demi sedikit. Dengan bebanan beg di belakang membuatkan aku mula termengah2. Aku dapat rasakan kawan2 aku yang lain pun sama.
penat woiiii


Dalam kepenatan berjalan, boleh pula kami terserempak dengan pendaki Hello Kitty ni, Kami difahamkan yang mereka ni adalah pendaki tempatan dan agak popular jugak di kalangan pendaki2 Indonesia. Tempat lain aku rasa tiada pendaki Hello Kseperti ini.

Imran, Abg Firhat, Aimi dan Shukor telah jauh ke hadapan. Mantap juga tenaga mereka. Aku masih bersama Hernandez. Slow slow kayuh. Malas nak kejar pace diorang. Aku simpan tenaga untuk ke Puncak Mahameru. . Arep di belakang bersama dengan Herman (Porter). Hafiz,Nad, Wan dan juga Atoi mungkin bersama mereka.

Setelah beberapa kilometer kami mendaki, kami sampai di Checkpoint 1. Kelihatan warung2 kecil di CP 1 tetapi aku teruskan perjalanan. Target aku hendak berhenti di Checkpoint 3 kerana selepas Checkpoint 3 ada track pacak sepanjang 100 meter. Hernandez ada memberitahu aku yang selepas melepasi Checkpoint 3 kami akan menuju ke Ranu Kumbolo. Tasik yang digembar gemburkan. Salah satu motivasi aku untuk datang ke Semeru adalah kerana Ranu Kumbolo. Masih terngiang2 dalam kepala aku akan keindahan tasik ini dalam filem 5cm. Lebih kurang 2 jam berjalan aku dan Hernandez tiba di Checkpoint 3. Kelihatan juga Imran,Aimi, Shukor dan Abang Firhat berhenti rehat di situ. Hernandez mengeluarkan makanan ringan untuk kami alas perut tapi aku lebih teruja hendak membeli pisang di warung yang terdapat di situ.
warung di Checkpoint 3

 5000 rupiah dapat 2 bijik
Semasa kami berhenti rehat di sini, Hernandez memberitahu kami terdapat satu pendaki sedang berbaring di dalam salah satu warung. Pendaki tersebut pengsan kerana terkena bongkahan batu yang jatuh dari atas semasa mendaki menuju ke puncak.  Mendengar berita tersebut membuatkan aku sedikit takut dan ragu2 untuk ke Puncak Mahameru.

Aimi, Shukor, Imran dan juga Abang Firhat meneruskan perjalanan. Aku dan Hernandez masih berehat di Checkpoint 3. Hernandez sempat memberi pesanan kepada mereka agar berhati2 dan meminta mereka supaya menunggu kami di Ranu Kumbolo untuk makan tengahari. Rasa best pula lepak di Checkpoint 3. Ye lah nak makan apa boleh beli, Harga pun murah. Dekat Malaysia aku tak jumpa lagi situasi seperti ini,

Aku dan Hernandez meneruskan langkahan melepasi Checkpoint 3. Kaki terasa berat untuk melepasi bukit di CP3. Dengan bebanan 11.7kg yang aku pikul terasa bukit itu betul2 menyiksakan. Banyak kali jugak  aku berenti.Hernandez selamba  mendaki bukit tersebut seperti tiada apa2 bebanan yang dia pikul. Selepas melepasi bukit tersebut track mula mendatar. Sudah boleh senyum. Ketika aku asyik mendengar pengalaman Hernandez sepanjang beliau menjadi guide di Gunung Semeru, kami ternampak Aimi,Imran dan Abang Firhat seperti sedang mengelilingi sesorang. Tak lain dan tidak bukan itu mesti Shukor.  Kelihatan Imran sedang merawat luka di telapak tangan Shukor. Aku difahamkan Shukor terjatuh semasa memberi laluan kepada pendaki lain. Agak dalam jugak luka Shukor.
Imran merawat luka Shukor

Selepas selesai membalut luka Shukor kami meneruskan perjalanan. Ranu Kumbolo sudah tidak berapa jauh. Kurang dari sejam kami sudah boleh tiba. Hernandez meminta kami terus berjalan dan sampai di sana kami akan berhenti rehat dan akan menunggu rakan2 lain di belakang. Imran seperti seorang penyelamat terus mengambil beg Shukor. Kali ini Imran mendaki dengan 2 beg!!

Makin lama Ranu Kumbolo jelas kelihatan. Walaupun dari jauh sudah boleh nampak akan kecantikan tasik tersebut. Tidak boleh hendak digambarkan dengan kata2. Semua terus letak beg, capai kamera dan juga henfon terus ambil gambar. Selepas puas ambil gambar kami teruskan langkahan....
Ranu Kumbolo sudah mula kelihatan




Kami mempercepatkan langkahan. Hendak cepat2 tiba ke Ranu Kumbolo. Ingin menikmati keindahan tasik tersebut dengan lebih dekat. Nikmati hidangan tengahri betul2 berhadapan tasik. Hernandez memberitahu kami yang kami tiba awal dari jangkaan. Elok sangat la tu. Bole la rehat lama sikit dekat tasik sambil2 menunggu Arif, Herman dan 4 lagi rakan kami di belakang.
betul2 di depan Ranu Kumbolo

Ketika kami tiba di Ranu Kumbolo sudah banyak khemah yang didirikan. Aku difahamkan tidak semua pendaki yang memasuki Semeru akan meneruskan pendakian ke puncak. Ada sebahagian dari mereka hanya akan menghentikan pendakian di Ranu Kumbolo, menikmati keindahan tasik dan bermalam di situ sebelum menunggu sunrise yang akan terbit betul2 di antara dua bukit di hadapan tasik.

Selepas kami selesai menikmati hidangan makanan tengahari yang tak seberapa, rakan2 kami di belakang, Hafiz,Atoi,Wan dan juga Nad tiba di Ranu Kumbolo. Begitu juga Arif (guide) dan Herman (porter). 

Kumpulan aku yang tiba awal di Ranu Kumbolo mula meneruskan perjalanan. Halangan pertama selepas Ranu Kumbolo adalah Tanjakan Cinta. Bukit yang perlu kami daki. Tidaklah terlalu tinggi tapi memenatkan juga... Ada mitos pasal Tanjakan Cinta ni. Kalau korang nak tahu, korang google je lah

Tanjakan Cinta
Sesiapa yang pernah tengok movie 5cm mesti tahu akan mitos bukit ini. Aku tak terpikir pun pasal mitos tersebut semasa mendaki bukit ni. Apa yang aku tahu aku hendak segera ke atas kerana di sebalik bukit ini terdapat satu padang savana seluas2 nya yang dibanjiri dengan bunga2 seperti bunga Lavender yang di beri nama Oro Oro Ombo.


Ini dia Oro-Oro Ombo. Pemandangan di sini memang cantik. Terlalu sukar untuk digambarkan dan diceritakan. Kalau hendak tahu, korang datang la sendiri.

Dari Tanjakan Cinta, menuruni bukit ke Oro Oro Ombo
Atoi acah acah suwit






















Track Oro Oro Ombo hanya mendatar. Tapi rugi la kalau korang laju semasa melalui track ni. Korang wajib berhenti rehat, sambil ambil gambar. Ambil gambar banyak2 sampai penuh memori kad korang tu.

Oro Oro Ombo yang cuma mendatar

Selepas melepasi Oro Oro Ombo, kami mula sampai ke Cemoro Kandang. Hutan yang banyak terdapat kesan pokok2 tumbang. Dari sini untuk sampai ke Jambangan boleh dikatakan memeritkan juga. 



Cemoro Kandangg
Dengan hari yang sudah petang (dekat sini pukul 5 dah nak masuk maghrib), aku melangkah laju kerana tidak mahu sampai di basecanp dalam keadaan gelap. Di depan aku hanya Imran. Aku bersama Abang Firhat. Yang lain2 di belakang termasuk guide dan porter. Banyak kali juga kami berselisih dengan pendaki dari Kalimati yang menuju ke Ranu Kumbolo. Mereka adalah kumpulan yang turun dari puncak pada hari itu.


Tidak lama kemudian kami sampai di Jambangan, Dari Jambangan terlalu banyak track mendaki. Kalau di Rinjani terdapat Bukit Penyesalan. Di Semeru ada Jambangan. Mendaki, mendaki dan terus mendaki. Gangguan mental mula menguasai diri di sepanjang Jambangan,

Semeru sudah kelihatan
Cuma yang agak menarik dari Jambangan, aku sudah boleh nampak dengan jelas Gunung Semeru yang gah berdiri. Di Jambangan aku sudah mula terasa sejuk. Hari sudah mulai gelap. Kalau boleh aku taknak OT untuk sampai ke Kalimati. Aku mengeluarkan headlamp, terus pasang atas kepala. Persediaan awal mana la tahu kalau aku kena bergerak dalam keadaan gelap menuju ke Kalimati. Abang Firhat sudah jauh kebelakang.

Beberapa kali jugak aku berhenti. Nasib baik ketika itu aku bersama dengan pendaki tempatan yang turut sama menuju Kalimati. Tak de lah aku keseorangan. Ada ketika aku seperti berlari. Sebenarnya aku sudah mula risau. Aku memang tidak mahu berjalan dalam kegelapan malam yang sejuk itu. 

Sekitar jam 5petang aku sampai di Kalimati. Kelihatan Imran yang sudah menunggu dalam kesejukan. Dalam sejuk2 pun sempat jugak la aku dengan Imran bergambar. Abang Firhat tiba dalam 10minit kemudian, manakala kawan2 aku yang lain tiba di Kalimati sekitar 5.30petang.


Dah sampai ke Kalimati.

Guide dan porter terus menyiapkan khemah dan makan malam. Selepas makan malam dalam pukul 8malam, Arif "memaksa" kami untuk rehat dan tidur kerana pukul 1 pagi kami akan mula bergerak, mendaki Semeru seterusnya menakluki puncak Mahameru. Aku berkongsi khemah dengan Abang Firhat. Dengan cuaca yang sejuk mana boleh tidur sangat. Sempat juga aku telan panadol extend dengan harapan semoga urat dan sendi2 aku sempat recover sebelum summit attack. Malam itu aku pakai 4 lapis baju, 2 lapis seluar. Itu pun rasa sejuk boleh rasa sehingga ke tulang sum sum. Dan malam itu aku memang tidak boleh tidur. Kerana kesejukan dan juga kerana suara Nad yang tidak berhenti bercakap.

Akan bersambung......


Ditulis dengan penuh yakin, tanpa musykil dan rendah diri oleh Ahmad Armizan Bin Mohamed






Wednesday 12 April 2017

Pine Tree



Yang buat best trip kali ni adalah kembalinya Akmal Aziz. Kembalinya Akmal Aziz persis pulangnya Dollah Salleh ke pangkuan Pahang. Dia dah lama x hiking semenjak kawen, dah ada baby da pun. Kali ni Aku, Fathul dan Akmal Aziz ke Bukit Fraser. Nak hiking ke Pine Tree dan Twin Peak. Fathul yang nampak teruja kerana dia belum pernah sampai ke Pine Tree/Twin Peak 

******** 

Kami memulakan pendakian pada 8.20pagi. Cuaca ketika itu baik, track pun kelihatan cantik. Awal perjalanan Fathul seakan akan menjadi leader. Mukanya berkulit putih tetapi serius seperti Kim Jong Un. Akmal Aziz yang dh setahun lebih x hiking layankan sahaja Fathul. Aku lebih selesa di belakang. Aku tahu sgt track Pine Tree ni. Track yang naik turun sebelum tiba ke puncak. Selepas beberapa ketika, track mula menurun. 

Fathul berlagak jadi guide

Tangga demi tangga kami turuni. Menuruni tangga di awal pendakian membuatkan Fathul tersengih2. Aku tak tahu kenapa dia boleh tersengih2? Aku paling tak suka track yang byk menurun. Azab ketika pulang nnti tidak terkata! Akmal Aziz, aku tgk dia steady lagi. Tapi Akmal Aziz dah sound awal2, dia x akan teruskan pendakian sekiranya tahap stamina dan lutut dia tidak mengizinkan. Aku terus offer kunci kereta kalau2 dia nak "mengalah awal". 

Ego lelaki begitu tebal dalam jiwa Akmal Aziz. Dia masih berusaha teruskan perjalanan. Mengikut pace dan kegigihan yang diciptakan oleh Fathul. Malah kami berjaya memotong 2 group di hadapan kami. Aku tahu Akmal Aziz tengah bangga dengan tahap stamina dan kegagahan lututnya. Hampir setengah jam perjalanan track mula menunjukkan pola pendakian. Aku masih dibelakang mereka. Sebagai insan yang paling berusia di kalangan kami bertiga, menjadi tanggungjawab aku utk memastikan mereka berdua selamat. Ada kesan pohon yang baru tumbang, kami tetap teruskan. Tidak lama kemudian, Akmal Aziz meminta rehat utk seketika. Kami turuti kemahuannya. Semasa kami berehat, 2group yang dibelakang kami sudah mula mendahului kami. Aku rasa mereka bangga tapi kami buat muka rilek. Selepas itu kami teruskan langkahan. Dan aku dapat rasakan langakahan kami semakin laju. Betul, memang laju sehinggakan kami berjaya memotong kembali group di hadapan. 

Muka penat boleh Akmal Aziz cover2, tapi lutut yang sudah memberi isyarat merah membuatkan Akmal Aziz tewas juga. Tiada belas simpati bro. Terus kunci kereta diberikan kepada Akmal Aziz. Aku minta dia kembali ke starting point dan tunggu sahaja dalam kereta. Agak bahaya jugak utk Akmal Aziz teruskan pendakian. Tak pasal2 nanti Jabatan Bomba daerah Raub pulak yang kena buat kerja lebih masa. Aku dan Fathul teruskan pendakian. Kami target untuk sampai ke puncak Pine Tree sebelum jam 1petang. Dan aku pasti kami berdua mampu. 


Selepas bertungkus lumus, tepat jam 11.15pagi kami sudah sampai ke puncak Pine Tree. Kepuasan jelas terpancar dari muka Fathul. Di puncak kelihatan satu kumpulan pendaki yang sedang berehat. Mereka bermurah hati dengan memberi kami kopi panas. Ketika itu cuaca menunjukkan hujan akan turun. Untuk ke Twin Peak hanya mengambil masa sekitar 30-45 minit. Tetapi bila terkenangkan Akmal Aziz sorang2 tunggu di kereta membuatkan kami batalkan hasrat untuk ke Twin Peak. Aku tahu Fathul kecewa. Tak dapat la dia nak up kan gambar puncak Twin Peak dekat Beetalk. Hujan mula turun. 

Fathul terus pakai raincoat yang baru dia beli. Aku cuma ada poncho. Itu pun poncho lama. Boleh la nak cover sikit2. Walaupun hujan tetapi track yang kami lalui tidak terlalu licin.
Ini memudahkan langkahan kami. Kami berselisih dgn ramai pendaki. Budak2 kecik pun ada. Tapi budak2 ni jenis tak respek org tua. Nampak ada org kat depan bukannya diorg nak bagi laluan. Terus je dorg redah. Memang betul la nilai kemanusian, hormat menghormati sudah pupus. 

Makin lama melangkah, lutut aku terasa sakit. Nasib baik jugak Fathul ada bawak bekalan ubat. Banyak jugak kami berhenti rehat. Malas nak paksa diri.Entah kenapa aku rasakan perjalanan pulang begitu jauh. Dengan kena menaiki tangga lagi, terasa begitu meletihkan. Pondok rehat pertama dari pintu masuk tidak jua kelihatan. Dengan perasaan berat hati, kami teruskan juga langkahan.

Selepas hampir 3jam lebih kami melangkah turun dari puncak Pine Tree, kami selamat tiba di perkarangan parking kereta. Akmal Aziz menunjukkan muka riang melihat kami. Aku rasa dia boring la tu tunggu lama2 dalam kereta. 



Ditulis dengan penuh yakin, tanpa musykil dan rendah diri oleh Ahmad Armizan Bin Mohamed


Tuesday 28 February 2017

Jerangkang

Trip percuma ke Jerangkang untuk 9 orang. Betul2 rezeki terpijak. Terima kasih bos!

Kami carpool dari KL dalam pukul 12.30 malam dan tiba di meeting point dalam pkul 2.30pagi.

Untuk memasuki tapak perkhemahan, kami menaiki 4x4. (Off road transfer). Dalam kegelapan malam kami meredah masuk. Jalan ke campsite memang memerlukan  jentera 4x4, kalau kereta2 biasa aku rasa tak sampai 100meter dah tercabut bumper.  Bintang2 bersinar yang jelas kelihatan memenuhi ruang langit sambil diiringi alunan dengkuran binatang2 menyambut kedatangan kami. 45minit kemudian kami tiba di campsite.


Berhimpit dalam khemah kecik.
kiri: Harun
Tengah : Bojek ( sentiasa betul)
kanan : Abang Man
Yang baring tu aku

Selepas tiba di campsite kami terus dibawa ke khemah. Aktiviti hanya akan bermula selepas breakfast. Aktiviti kami selama program 2 hari di Jerangkang adalah :
1. Water abseiling
2. Monkey zipline
3. Fly boom zipline
4. Cliff jump
5. Hiking viewpoint cascade 21/29

Banyak2 aktiviti di atas, aku hanya tertarik untuk hiking ke cascade 29. Mungkin kerana aku tergolong dlm kategori spesis yang takutkan air, aku tidak berminat dgn aktiviti2 yang melibatkan air.

Selepas breakfast, kami diberi taklimat untuk aktiviti pagi itu, water abseiling. Aku dgn Bojek sudah awal2 mengambil keputusan untuk tidak menyertai water abseiling. Target kami pada hari itu hanyalah untuk trekking ke cascade 29.

Semasa permulaan water abseiling, kami hanya melihat dari jauh. (Betul2 haluan kiri ni). Cuma berminat untuk melihat rakan2 satu opis yang melakukan aktiviti tersebut. Selepas Abang Man (orang kuat akaun) buat water abseiling, aku dan Bojek terus memulakan perjalanan ke cascade 29. 
Abg Man tengah buat water abseiling


Kami langsung tidak mengetahui jarak cascade 29 itu dari campsite, dari agakan sendiri aku menjangkakan mungkin mengambil masa dalam 30-40minit.

Aku cuma memakai sandal hiking, Bojek pulak lagi hebat. Hanya memakai selipar macam nak pergi solat jumaat. Semasa melintasi khemah brother2 yang sedang berkhemah di atas2 batu aku sempat bertanyakan kepada mereka kalau2 tahu track untuk menuju ke cascade 29. Kami bernasib baik kerana salah seorang dari mereka tahu arah ke sana dan memaklumkan perjalanan cuma mengambil masa 20minit (single track). Aku dgn bojek sudah teruja.

Kami hanya menyelusuri track yang tidak terlalu menegak. Terasa senang sangat. Dari tepi2 track kelihatan jelas air yang deras menuruni ke bawah. Hampir setengah jam aku tiba di air terjun. Nampak menarik. Aku dh rasa gembira. Amik gamba, selfie dgn bojek. Rasa mcm dah hebat sbb dah sampai ke situ. Baru je rasa nak terjun, mandi, berendam kelihatan ada sepasang couple sedang berehat.


cascade 21


Aku menuju ke arah mereka. Sembang2 bertanya khabar. Tengah syok bersembang salah seorg dari mereka bertanyakan kepada kami yang kami sudah sampai ke cascade 29? aku terus terpinga2. Hasil soal siasat rupanya aku dan Bojek baru berada di cascade 21. Aduhhh dah down masa tu. Kena trekking lagi nampaknya. Mereka memberitahu kami untuk sampai ke cascade 29 hanya memerlukan 20minit lagi.

Kami teruskan langkah. Terasa jugak menyesal sbb kami tidak membawa sebarang bekalan air. Track ketika itu betul2 mencanak. Bojek dh jauh kebelakang. Aku tahu dia dah penat, aku pun sama. Banyak kali jugak la kami berhenti rehat minum air liur sendiri. Perlahan2 kami melangkah, selepas sejam sudah kelihatan air terjun. Mungkin itu air terjun yang kami cari. Berpusing2 mencari track lagi tapi sudah tidak kelihatan tanda2 laluan seterusnya. Itulah cascade 29.


Bojek di cascade 29


aku nak selfie tapi malu

Hanya kami berdua di situ. Selepas puas berendam kami berangkat pulang ke campsite.