Wednesday 12 April 2017

Pine Tree



Yang buat best trip kali ni adalah kembalinya Akmal Aziz. Kembalinya Akmal Aziz persis pulangnya Dollah Salleh ke pangkuan Pahang. Dia dah lama x hiking semenjak kawen, dah ada baby da pun. Kali ni Aku, Fathul dan Akmal Aziz ke Bukit Fraser. Nak hiking ke Pine Tree dan Twin Peak. Fathul yang nampak teruja kerana dia belum pernah sampai ke Pine Tree/Twin Peak 

******** 

Kami memulakan pendakian pada 8.20pagi. Cuaca ketika itu baik, track pun kelihatan cantik. Awal perjalanan Fathul seakan akan menjadi leader. Mukanya berkulit putih tetapi serius seperti Kim Jong Un. Akmal Aziz yang dh setahun lebih x hiking layankan sahaja Fathul. Aku lebih selesa di belakang. Aku tahu sgt track Pine Tree ni. Track yang naik turun sebelum tiba ke puncak. Selepas beberapa ketika, track mula menurun. 

Fathul berlagak jadi guide

Tangga demi tangga kami turuni. Menuruni tangga di awal pendakian membuatkan Fathul tersengih2. Aku tak tahu kenapa dia boleh tersengih2? Aku paling tak suka track yang byk menurun. Azab ketika pulang nnti tidak terkata! Akmal Aziz, aku tgk dia steady lagi. Tapi Akmal Aziz dah sound awal2, dia x akan teruskan pendakian sekiranya tahap stamina dan lutut dia tidak mengizinkan. Aku terus offer kunci kereta kalau2 dia nak "mengalah awal". 

Ego lelaki begitu tebal dalam jiwa Akmal Aziz. Dia masih berusaha teruskan perjalanan. Mengikut pace dan kegigihan yang diciptakan oleh Fathul. Malah kami berjaya memotong 2 group di hadapan kami. Aku tahu Akmal Aziz tengah bangga dengan tahap stamina dan kegagahan lututnya. Hampir setengah jam perjalanan track mula menunjukkan pola pendakian. Aku masih dibelakang mereka. Sebagai insan yang paling berusia di kalangan kami bertiga, menjadi tanggungjawab aku utk memastikan mereka berdua selamat. Ada kesan pohon yang baru tumbang, kami tetap teruskan. Tidak lama kemudian, Akmal Aziz meminta rehat utk seketika. Kami turuti kemahuannya. Semasa kami berehat, 2group yang dibelakang kami sudah mula mendahului kami. Aku rasa mereka bangga tapi kami buat muka rilek. Selepas itu kami teruskan langkahan. Dan aku dapat rasakan langakahan kami semakin laju. Betul, memang laju sehinggakan kami berjaya memotong kembali group di hadapan. 

Muka penat boleh Akmal Aziz cover2, tapi lutut yang sudah memberi isyarat merah membuatkan Akmal Aziz tewas juga. Tiada belas simpati bro. Terus kunci kereta diberikan kepada Akmal Aziz. Aku minta dia kembali ke starting point dan tunggu sahaja dalam kereta. Agak bahaya jugak utk Akmal Aziz teruskan pendakian. Tak pasal2 nanti Jabatan Bomba daerah Raub pulak yang kena buat kerja lebih masa. Aku dan Fathul teruskan pendakian. Kami target untuk sampai ke puncak Pine Tree sebelum jam 1petang. Dan aku pasti kami berdua mampu. 


Selepas bertungkus lumus, tepat jam 11.15pagi kami sudah sampai ke puncak Pine Tree. Kepuasan jelas terpancar dari muka Fathul. Di puncak kelihatan satu kumpulan pendaki yang sedang berehat. Mereka bermurah hati dengan memberi kami kopi panas. Ketika itu cuaca menunjukkan hujan akan turun. Untuk ke Twin Peak hanya mengambil masa sekitar 30-45 minit. Tetapi bila terkenangkan Akmal Aziz sorang2 tunggu di kereta membuatkan kami batalkan hasrat untuk ke Twin Peak. Aku tahu Fathul kecewa. Tak dapat la dia nak up kan gambar puncak Twin Peak dekat Beetalk. Hujan mula turun. 

Fathul terus pakai raincoat yang baru dia beli. Aku cuma ada poncho. Itu pun poncho lama. Boleh la nak cover sikit2. Walaupun hujan tetapi track yang kami lalui tidak terlalu licin.
Ini memudahkan langkahan kami. Kami berselisih dgn ramai pendaki. Budak2 kecik pun ada. Tapi budak2 ni jenis tak respek org tua. Nampak ada org kat depan bukannya diorg nak bagi laluan. Terus je dorg redah. Memang betul la nilai kemanusian, hormat menghormati sudah pupus. 

Makin lama melangkah, lutut aku terasa sakit. Nasib baik jugak Fathul ada bawak bekalan ubat. Banyak jugak kami berhenti rehat. Malas nak paksa diri.Entah kenapa aku rasakan perjalanan pulang begitu jauh. Dengan kena menaiki tangga lagi, terasa begitu meletihkan. Pondok rehat pertama dari pintu masuk tidak jua kelihatan. Dengan perasaan berat hati, kami teruskan juga langkahan.

Selepas hampir 3jam lebih kami melangkah turun dari puncak Pine Tree, kami selamat tiba di perkarangan parking kereta. Akmal Aziz menunjukkan muka riang melihat kami. Aku rasa dia boring la tu tunggu lama2 dalam kereta. 



Ditulis dengan penuh yakin, tanpa musykil dan rendah diri oleh Ahmad Armizan Bin Mohamed