Tuesday 28 February 2017

Jerangkang

Trip percuma ke Jerangkang untuk 9 orang. Betul2 rezeki terpijak. Terima kasih bos!

Kami carpool dari KL dalam pukul 12.30 malam dan tiba di meeting point dalam pkul 2.30pagi.

Untuk memasuki tapak perkhemahan, kami menaiki 4x4. (Off road transfer). Dalam kegelapan malam kami meredah masuk. Jalan ke campsite memang memerlukan  jentera 4x4, kalau kereta2 biasa aku rasa tak sampai 100meter dah tercabut bumper.  Bintang2 bersinar yang jelas kelihatan memenuhi ruang langit sambil diiringi alunan dengkuran binatang2 menyambut kedatangan kami. 45minit kemudian kami tiba di campsite.


Berhimpit dalam khemah kecik.
kiri: Harun
Tengah : Bojek ( sentiasa betul)
kanan : Abang Man
Yang baring tu aku

Selepas tiba di campsite kami terus dibawa ke khemah. Aktiviti hanya akan bermula selepas breakfast. Aktiviti kami selama program 2 hari di Jerangkang adalah :
1. Water abseiling
2. Monkey zipline
3. Fly boom zipline
4. Cliff jump
5. Hiking viewpoint cascade 21/29

Banyak2 aktiviti di atas, aku hanya tertarik untuk hiking ke cascade 29. Mungkin kerana aku tergolong dlm kategori spesis yang takutkan air, aku tidak berminat dgn aktiviti2 yang melibatkan air.

Selepas breakfast, kami diberi taklimat untuk aktiviti pagi itu, water abseiling. Aku dgn Bojek sudah awal2 mengambil keputusan untuk tidak menyertai water abseiling. Target kami pada hari itu hanyalah untuk trekking ke cascade 29.

Semasa permulaan water abseiling, kami hanya melihat dari jauh. (Betul2 haluan kiri ni). Cuma berminat untuk melihat rakan2 satu opis yang melakukan aktiviti tersebut. Selepas Abang Man (orang kuat akaun) buat water abseiling, aku dan Bojek terus memulakan perjalanan ke cascade 29. 
Abg Man tengah buat water abseiling


Kami langsung tidak mengetahui jarak cascade 29 itu dari campsite, dari agakan sendiri aku menjangkakan mungkin mengambil masa dalam 30-40minit.

Aku cuma memakai sandal hiking, Bojek pulak lagi hebat. Hanya memakai selipar macam nak pergi solat jumaat. Semasa melintasi khemah brother2 yang sedang berkhemah di atas2 batu aku sempat bertanyakan kepada mereka kalau2 tahu track untuk menuju ke cascade 29. Kami bernasib baik kerana salah seorang dari mereka tahu arah ke sana dan memaklumkan perjalanan cuma mengambil masa 20minit (single track). Aku dgn bojek sudah teruja.

Kami hanya menyelusuri track yang tidak terlalu menegak. Terasa senang sangat. Dari tepi2 track kelihatan jelas air yang deras menuruni ke bawah. Hampir setengah jam aku tiba di air terjun. Nampak menarik. Aku dh rasa gembira. Amik gamba, selfie dgn bojek. Rasa mcm dah hebat sbb dah sampai ke situ. Baru je rasa nak terjun, mandi, berendam kelihatan ada sepasang couple sedang berehat.


cascade 21


Aku menuju ke arah mereka. Sembang2 bertanya khabar. Tengah syok bersembang salah seorg dari mereka bertanyakan kepada kami yang kami sudah sampai ke cascade 29? aku terus terpinga2. Hasil soal siasat rupanya aku dan Bojek baru berada di cascade 21. Aduhhh dah down masa tu. Kena trekking lagi nampaknya. Mereka memberitahu kami untuk sampai ke cascade 29 hanya memerlukan 20minit lagi.

Kami teruskan langkah. Terasa jugak menyesal sbb kami tidak membawa sebarang bekalan air. Track ketika itu betul2 mencanak. Bojek dh jauh kebelakang. Aku tahu dia dah penat, aku pun sama. Banyak kali jugak la kami berhenti rehat minum air liur sendiri. Perlahan2 kami melangkah, selepas sejam sudah kelihatan air terjun. Mungkin itu air terjun yang kami cari. Berpusing2 mencari track lagi tapi sudah tidak kelihatan tanda2 laluan seterusnya. Itulah cascade 29.


Bojek di cascade 29


aku nak selfie tapi malu

Hanya kami berdua di situ. Selepas puas berendam kami berangkat pulang ke campsite.

Thursday 23 February 2017

Nuang



21/01/2017. Aku dengan Fatul mendaki Gunung Nuang setelah beberapa kali misi ini tertangguh. Seminggu sebelumnya kami ada pergi ke Bukit Batu Chondong yang terletak di Kemensah. Konon2 nya sebagai persiapan utk menakluki Nuang. Gunung Nuang boleh didaki melalui Ulu Langat dan juga dari Janda Baik. Memandangkan aku ni acah2 hiker, kami memilih trail Janda Baik kerana lebih pendek dan mudah berbanding Ulu Langat.

Selepas subuh kami sudah berada di perkampungan Janda Baik. Dari starting point kami menjangkakan perjalanan kami akan mengambil masa dalam 3-4jam untuk sampai ke puncak. Semasa di parking lot sudah kelihatan beberapa buah kenderaan. Selepas sessi regangan otot, kami pun melangkah. Halangan pertama semasa permulaan hanyalah anak sungai. Air sungai tersebut amatlah sejuk sehingga meresap ke tulang sum sum.

Sejam pertama track hanya mendatar, melalui kebun sayur sebelum menuju ke dalam hutan. Track agak lecak kerana hujan yang turun pada malam hari sebelumnya. Selepas melepasi beberapa halangan berbuluh kami tiba di air terjun. Aku dh lupa nama air terjun tersebut. Kelihatan ada sekumpulan pendaki di situ. Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Selepas melepasi air terjun, kami melalui track yang agak mencanak. Beberapa kali kami berhenti rehat. Terasa jugak x ckup nafas dibuatnya. Kaki aku masih lagi stabil, lutut pun belum bergoyang.

Aku x tahu kenapa, aku dpt rasakan seperti tidak ramai pendaki dari laluan Janda Baik. Mungkin hujan pada hari sebelumnya membuatkan tidak ramai yang berhasrat utk mendaki pada hari tersebut. Aku dan Fatul tidak terpisah jauh. Kadang2 dia depan mendahului aku. Ada ketika aku di depan meninggalkan Fatul yang tidak jauh dibelakang. Selepas 2jam pendakian, kami mengambil keputusan untuk berehat lebih lama. Fatul dengan lahapnya menelan beberapa keping roti gardenia, aku sekadar minum air kerana pagi sebelum memulakan perjalanan aku dah makan nasi lemak di hentian rehat Genting Sempah. Ternyata kalori nasi lemak tersebut dapat membekalkan sejumlah tenaga yang agak banyak. Sesuai untuk aktiviti pendakian aku fikir.


petunjuk arah
Kami meneruskan perjalanan. Ada ketika kami melalui track yang menurun. Track yang aku tidak begitu gemari jika belum sampai ke puncak. Ini kerana apabila dalam perjalanan pulang, proses untuk mendaki semula amat membebankan bagi pendaki seperti aku. Terasa sesalan yang cukup, bermacam2 rasa negatif yg keluar dan terus memasuki dlm otak pemikiran aku. Hampir 3jam pendakian kami sudah menemui "mossy forest". Petunjuk yang kami sudah menghampiri puncak. "mossy forest" di sini tidaklah seindah di Gunung Irau. Tapi apabila tiba di mossy forest, para pendaki seakan2 mendapat semangat baru. Selepas itu kami melalui kawasan berbatu besar. Satu lagi petunjuk untuk sampai ke puncak Nuang. Selepas beberapa ketika, sudah kedengaran sayup2 suara orang dari atas.





Itu adalah puncak Nuang. Selepas 3jam lebih kami bertarung dengan alam, akhirnya sampai juga ke puncak. Cuaca agak sejuk dan berangin ketika itu. Kelihatan ramai pendaki di puncak. Aku dpt rasakan yang mereka itu mendaki dari Ulu Langat. Mereka yang mendaki dari Ulu Langat daypack memang berjiwa besar. Track sejauh 10km yang pendaki akan tempuhi jika mendaki dari Ulu Langat. Secara purata untuk sampai ke puncak mereka akan mengambil masa dalam lingkungan 6-8jam. Kalau nak rasa track menegak 90 darjah bole la naik dari sana.

Kami tidak lama di puncak kerana cuaca yang agak dingin.Dengan rasa tidak prejudis kami sudah mulai turun, dan kami bercadang utk singgah di air terjun. Dalam perjalanan turun hujan mula turun. Nasib baik kami ada membawa poncho 7eleven yang berharga rm3.80. Dapatla jugak melindungi dan menghangatkan suhu badan. Cabaran yang bakal menanti adalah track licin. Agak berbahaya utk para pendaki. Beberapa kali juga aku dan Fatul terjatuh dek kerana track yang begitu licin. Ditambah pula dengan kecerunan yang kami terpaksa lalui.

Jari2 kaki aku mula sakit. Ketahanan jari kaki yang banyak digunakan semasa menuruni telah menghantar isyarat ke otak utk aku segera menukar kasut kepada sandal hiking. Bengang jugak Fatul dgn aku ketika itu. Dia tiada sandal!

aku pun selfie jugak

Kami tiba di air terjun dalam keadaan hujan renyai2. Ramai pulak manusia yang berada di situ. Yang selfie dgn cara selfie abis penuh skrin henfon. Yang tengah memancing buat cara memancing.Pendaki mata keranjang seperti Fatul sibuk memerhatikan gadis2 bermandi manda. Hampir setengah jam kami di air terjun. Selepas melepasi air terjun, track yang mendatar cukup melegakan kami. Satu jam kemudian kami sudah berada di kebun kebun sayur. Terdapat sebuah lori yang sedang memunggah hasil2 tanaman.

Kira2 jam 4petang aku sudah sampai di starting point. Sambil2 merendam kaki di anak sungai, kami mencuci kasut dan beg yang penuh dgn lumpur.  Selepas mandi, tukar pakaian kami terus bergerak pulang.

*************

Esoknya kaki aku rasa sakit2. Sengal sampai ke paha. Aku dapat rasakan Fatul pun sama.






Friday 10 February 2017

Titik Noktah

Hari terakhir di Rinjani. Selepas breakfast, kami bersiap sedia untuk kembali ke Sembalun. Cuaca begitu baik. Amir menjangkakan kami akan mengambil masa sekitar 4-5jam termasuk waktu berhenti makan tengahari. Pelajar2 universiti dari Medan begitu leka dengan sessi fotografi dan video. Mereka akan turun ke Sembalun pada pagi itu juga. Porter yang sedang melipat khemah menjadi "mangsa" mereka. Terpinga2 porter apabila diminta untuk turut serta mannequin challenge. Aku masuk khemah. Tidak mahu terlibat dalam video mereka. Nanti famous pulak aku dekat universiti mereka. Sangkaan aku silap. Aku jangkakan apabila aku menyorok dalam khemah, aku akan terlepas. Tapi bila aku keluar dari khemah, mereka belum memulakan sessi mannequin challenge, dan aku tidak dapat mengelak. Kena juga jadi pelakon tambahan. Aku harap memori kad dan video tu rosak!!

Kami melalui deretan khemah2 kosong pendaki. Cuma khemah porter yang berpenghuni. Para para porter yang cukup berdedikasi sedang menyiapkan hidangan breakfast utk pendaki yang naik ke puncak awal pagi tadi. Bila2 masa mereka akan sampai ke basecamp.

Kami bergerak turun, meninggalkan porter yang masih lagi "didera" oleh pelajar2 tadi.Seperti pendakian lain, semasa turun otot2 dan fizikal akan mengalami kecederaan. Ini kerana otot2 sudah bekerja keras semasa pendakian, ditambah pula memerlukan ketahanan kaki utk menahan diri dari terjatuh.


view dari Bukit Penyesalan

Dari basecamp, kami akan melalui Bukit Penyesalan sebelum tiba track lava dan seterusnya ke Padang Savana. Kami melangkah dengan berhati2. Tidak mahu ada kecederaan yang mungkin akan menyukarkan perjalanan. Dari Bukit Penyesalan kelihatan jelas Padang Savana yang terbentang luas. Pondok2 rehat pos 2 dan pos 3 di Padang Savana juga kelihatan dari sini.

Amir menuruni Bukit Penyesalan dengan laju. Dia berlari. Kami berpandangan sesama sdiri. Hairan melihat Amir yang boleh berlari menuruni bukit. Apabila tiba di tempat amir menunggu, kami bertanyakan kepadanya bagaimana yang dia boleh berlari menuruni bukit. " berlari dgn cepat tapi gunakan langkah yang kecil". Amir menjawab soalan kami. Porter yang lewat memulakan perjalanan telah mendahului kami dan maklumkan yang mereka akan tunggu kami di pos 1. Kami akan lunch disana.

Dari satu bukit ke satu bukit kami turun. Setiap bukit yang kami turuni kami berhenti rehat. Bukan disebabkan keletihan tapi lebih pada memberi otot dan fizikal untuk berehat. 
kesan limpahan lava gunung berapi


Selepas beberapa bukit yang kami lalui, kami tiba di track lava. Kami berehat lama di sini. Kali ini kami menikmati kesan2 lava gunung berapi lebih lama. Memasuki Padang Savana, kami mula menunjukkan muka2 yang ceria kerana kami tahu kami hanya akan melalui track yang mendatar. Walaupun cuaca yang begitu panas kami tidak banyak mengeluh. Hanya teruskan langkah demi langkah. Kami juga berselisih dgn beberapa porter, kami tahu mesti ada sekumpulan pendaki yang akan mendaki pada hari itu.

Selepas 3jam kami mengharungi lautan Padang Savana kami tiba di Pos 1. Hidangan makan tengahari telah siap tersedia. Ada juga pendaki yang akan mendaki hingga ke basecamp berhenti rehat disitu. Pendaki tempatan. Ketika kami menikmati makanan, pelajar2 universiti Medan melintasi kami. Amir memberi lebihan snack kami kepada mereka.


Rinjani dari Padang Savana

Selepas kami melepasi Padang Savana, kami memasuki kawasan hutan. Di situ kami terserempak dengan sekumpulan pendaki dari Malaysia. Dalam lingkungan 15-20 pendaki. Mereka memakai t-shirt Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami hanya senyum tidak bertegur sapa kerana mereka kelihatan tergesa2 kerana ada tanda2 hujan akan turun.

Jam 1 petang kami tiba di Sembalun. Kami berpisah dengan porter di sini. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Husin dan adiknya (porter kami), tanpa mereka pendakian kami akan jadi lebih sukar. Amir membawa kami, menaiki van ke Desa Senaru. 45minit masa yang diperlukan untuk sampai ke Senaru. Kami ditempatkan di homestay. Dari homestay jelas kelihatan Gunung Rinjani yang gah berdiri. Amir mengucapkan selamat tinggal kepada kami. Kami bersalaman dan bertukar2 no telefon. Sempat jugak aku add Amir di Facebook. 
Rinjani dari homestay
Petang itu kami trekking ke air terjun Tiu Kelep dan Sendang Gile. Aku dgn Chem hanya memerhati gelagat Irwin yang terjun, berenang dan juga berendam di air terjun tersebut.

 
Aktiviti malam di homestay tidak byk yg kami lakukan. Hanya menonton perlawanan akhir Suzuki Cup bersama2 anak lelaki tuan empunya homestay tersebut.






            **********************************
Keeesokkan paginya kami dihidangkan lempeng  pisang sebagai juadah breakfast (dah 3hari berturut2 aku telan lempeng pisang). Juan (organizer) menjemput kami dari homestay pada jam 10pagi. Irwin meminta Juan untuk menghantarnya ke Mataram. Kawannya menunggu di di sana. Kalau aku tak salah, Irwin akan mengikuti kawannya memancing. Aku dan Chem masih mempunyai baki 4hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Kami mengambil keputusan utk berhenti di Senggigi. Banyak aktiviti kami sepanjang 4hari tersebut tetapi catatan Rinjani aku cukuplah berhenti di sini.

Ditulis dengan penuh yakin, tanpa musykil dan rendah diri oleh Ahmad Armizan Bin Mohamed.

Tuesday 7 February 2017

Menuju Puncak

Pukul 1 pagi aku dikejutkan dengan suara2 mat saleh khemah sebelah. Mereka tengah bersiap sedia untuk memulakan pendakian ke puncak. aku rasa mereka terlalu awal untuk meneruskan pendakian kerana kebanyakkan para pendaki hanya akan memulakan pendakian sekitar jam 3pagi. Aku keluar khemah.Terasa dingin sangat. Dengan kedudukan crater rim 2600meter dari paras laut, ditambah plak dengan tiupan angin awal2 pagi membuatkan aku rasa ingin masuk ke khemah semula. Aku perhatikan gelagat2 mereka, nampak riang,mungkin teruja untuk menawan Rinjani.

Aku menuju khemah porter dan kelihatan AMir juga sudah bangun. Porter pula baru hendak menyediakan hidangan untuk kami. Amir bagitahu aku yang cuaca sangat bagus pagi itu. Secara purata pendaki akan mengambil masa selama 4 jam untuk sampai ke puncak. Aku tidak meletakkan sebarang target, matlamat utama aku hanya ke puncak. Sedang aku rancak bersembang dgn Amir, sudah ramai pendaki2 yang melintasi khemah kami, mereka sudah memulakan perjalanan.

Irwin dan Chem bangun. Porter terus bagi kami makan. Pagi tu cuma hidangan sandwich bersama kopi. Tepat jam 3pagi kami bersedia utk melakukan pendakian. Amir sempat pesan supaya bawak siap2 baju hujan, kerana cuaca di atas gunung sukar dijangka. Kami tidak perlu bawak beg. Cuma bawak headlamp, bekalan air dan makanan ringan sahaja.

Awal2 perjalanan, track mendatar, diselang seli dengan beberapa pendakian. Aku hanya ikut kaki Amir melangkah. Amir menjelaskan bahawa mendaki gelap2 ni bagus kerana kita tidak boleh nampak trek dengan jelas. Di waktu siang, mungkin mental kita terusik kerana asyik melihat laluan yang begitu menegak serta puncak yang kelihatan masih jauh. Memasuki setengah jam pendakian, kami mula rasa penat. Ditambah dengan cuaca yang dingin, kami kesejukan. Tetapi apa yang menarik perhatian kami, kami boleh nampak dengan jelas cahaya2 lampu di sepanjang laluan ke puncak. Cahaya lampu dari pendaki yang sudah lama memulakan pendakian. Susunan cahaya lampu yang menarik,sebaris seperti lampu2 di jalan raya. Aku rasa jarak mereka dengan kami teramatlah jauh, seakan akan mereka sudah menghampiri puncak.

Tengah2 elok mendaki, perut aku tiba2 meragam. Ahhh sudah. Amir dengan selamba suruh aku pergi tepi2 batu. Aku boleh tunaikan hajat di stu. Bekalan air yang terhad tapi aku ada bawak tisu basah. Baru aku tahu kegunaan tisu basah bila ada atas gunung hehehehe. 

Irwin sempat perli aku. Dia kata aku saja  mencari alasan untuk berhenti rehat. Amir sempat juga keluarkan makanan. Ada biskut garam dan roti. Chem sempat jugak hisap rokok. Selepas itu kami teruskan perjalanan.Semakin lama sudah tiada track mendatar. Aku rasa waktu "happy hour" kami sudah abis. Kami mula memasuki track berpasir. Track yang amat ditakuti para pendaki. Pasir yang begitu dalam betul2 akan menyukarkan pendakian. 2 kaki melangkah 1 langkah mengundur ke belakang.


Irwin boleh tersenyum

kat gunung ada line. telco indonesia power

Menghampiri jam4.45 pagi,aku dapat melihat sinaran matahari yang baru muncul. Kami sudah padamkan headlamp memandangkan track sudah jelas kelihatan. Sudah ramai pendaki yang kami jumpa di sepanjang laluan. Ada yang berhenti minum, makan malah yang berhenti terus pun ada. (1 Rinjani - 0 kepada mereka yang sudah menyerah kalah). Amir bagitahu ada yang tewas kerana faktor altitud. Altitud yang tinggi juga boleh menjadi faktor pendaki tidak dpt meneruskan pendakian. 

Aku sempat juga bersembang dengan pendaki tempatan,ada yang dari sekitar Lombok. Mereka tidak memerlukan guide, mereka hanya mengupah porter. Di laluan berpasir,aku dan Chem meninggalkan Irwin jauh di belakang. Amir seperti biasa,akan bersama dengan Irwin. Laluan terus menegak. Memang tak bagi chance dah. Seperti di Bukit Penyesalan, aku mengikuti pendakian bersama2 kumpulan lain. Mereka berhenti, kami pun turut berhenti. Guide mereka bagi biskut, kami pun turut dapat merasa biskut. Biskut garam lagi. aku musykil kenapa asyik biskut garam. Rupanya garam dapat menggelakkan kekejangan.

Awan karpet. Selama ni aku tidak pernah lagi melihat awan karpet sepanjang aku terlibat dlm aktiviti acah2 hiking. Di Rinjani aku merasa jugak awan karpet. Terasa jakun pun ada. Ketika sedang asyik menikmati awan karpet,aku dapat rasa hidung aku berair. Aku ingtkan aku sorg sahaja,Chem pun sama. Aku x tahu kenapa jadi mcm tu. Kening Chem pun macam dah berais.

Track berpasir terus menegak, Chem makin lama makin meninggalkan aku. aku nampak dia bersama2 dengan pendaki mat saleh. Tak berapa jauh sangat dia tinggalkan aku di belakang. Aku fikir aku masih boleh kejar. Tapi makin lama makin laju plak Chem ni. Aku dah mula banyak berhenti. 10kali melangkah, aku berhenti. Aku dah rasa penat sangat. Amir ada pesan supaya tidak berhenti terlalu lama, kerana rehat yang lama tidak akan byk membantu di laluan berpasir.
Kata2 Amir memang benar. Bila aku teruskan melangkah, aku kembali penat. Kesukaran bernafas juga menjadi penghalang bagi aku.
Aku dah mula terpisah dengan pendaki2 lain. Hanya nampak Irwin yang jauh di bawah. Aku ingat nak tggu Irwin tapi bila berhenti lama aku terus kesejukan. Aku terus melangkah, biar la perlahan asalkan terus bergerak.

Aku nampak sekumpulan pendaki yang mula turun. Makin lama semakin ramai pendaki yang berselisih dgn aku. Aku rasa mereka sudah sampai ke puncak bila terdengar mereka saling berbalas bicara mengenai puncak. Aku rasa down, entah kali yang keberapa pun x tahu. Lama jugak aku terduduk atas track pasir sambil2  menjeling ke arah puncak yang aku x pasti bole jejak atau tidak.
Dalam ramai2 yang turun tu ada seorang pendaki mat saleh menegur aku, aku mendongak. Rupanya lelaki Denmark yang aku jumpa di Pos 3. "Malaysian, are u okay". Aku jawab dgn acuh x acuh "freeze,feeling tired" . Dia beri aku semangat "keep moving keep moving,have faith" dan selamba dia pegang bahu aku sambil menunjuk ke arah puncak. 

Selepas aku renung puncak lama2, aku seperti ada semangat. aku terus mendaki. Keseorangan. Lama jugak aku mendaki sorg2 sehinggalah aku nampak sekumpulan pendaki di hadapan. Ada 2 orang wanita bersama guide. Aku terus menuju ke arah mereka. Saja nak buat teman. Pendaki wanita mat saleh. aku tsk pasti dari negara mana.Sempat jugak aku tertidur. Nasib baik guide mereka kejutkan aku ketika mereka hendak meneruskan pendakian.Aku bersama2 mereka sehinggalah aku rasa puncak semakin dekat. Tapi ketika itu aku nampak ada 2 puncak. Satu puncak yang betul2 lurus dari penglihatan aku. Satu lagi puncak di sebelah kanan. Guide tersebut bagitau yang puncak rinjani di sebelah kanan. aku mengeluh kerana puncak di sebelah kanan mesti mengambil masa yang lebih lama .

Pendaki2 wanita itu terus melangkah. Aku tidak lagi bersama mereka. Aku fikir baik aku ikut pace sendiri.5-6 kali melangkah, aku berhenti. bila penat aku hanya berdiri, meletakkan dagu pada tongkat. Aku dah tak duduk. Apa yang aku pelajari di laluan menegak berpasir, kita tak boleh berhenti terlalu lama. berehat lama tetap juga terasa penat. Jam 7 pagi, aku sudah menghampiri puncak yang pertama. Angin yang bertiup laju, menyukarkan pergerakan aku. Nasib baik di situ terdapat batu2 besar,batu2 tersebut membentuk seperti satu terowong kecil,aku boleh berlindung di sebalik batu. Malah aku juga sempat berbaring di situ. Sempat jugak aku tertido. kali kedua aku tertido di sepanjang pendakian pagi itu.

Di laluan batu2 tersebut sebenarnya aku sudah hilang arah, hilang arah tuju. Aku hanya berpandukan jejak2 tapak kasut untuk aku meneruskan perjalanan. Aku dah mula fikir nak mengalah. 2 kali tertidur, dan juga kali kedua aku nak mengalah. Masa fikir nak mengalah tu, aku sempat kuarkan henpon,amik gamba selfie.  Untuk tunjuk kawan2 di KL, konon2 kononnya tu gambar di puncak. ahhh kawan2 aku bukan tau pun kalau aku tipu kan? Dicelah2 batu tu aku hanya fikir untuk tunggu Chem turun. Aku sangka Chem mesti dah lama sampai ke puncak. aku memang betul2 mengharapkan aku jumpa Chem di situ. Tapi tak juga muncul. Nak tggu Irwin, aku x pasti berapa lama lagi dia akan sampai tempat kawasan berbatu itu.

Aku bangun, teruskan perjalanan. Ketika itu sudah pukul 7.20pagi. Tak sampa30-40 meter aku bergerak, aku kendengaran suara2 yang makin lama makin jelas. Aku terus laju melangkah. Perasaan ingin berjumpa manusia dekat atas2 tu membuatkan aku berasa bersemangat. Selepas 4- 5minit, aku dah nampak Chem bersama 2 pendaki lain. Mereka bertepuk tangan menyambut aku. Rasa pelik. Sbb aku x rasa aku dh sampai puncak kerana tidak kelihatan signboard "Gunung Rinjani 3726M. Rupanya signboard "Rinjani" ada bersama mereka, pegang untuk bergambar. Yesss sampai jugak.Pukul 7.30pagi aku selamat tiba di puncak gunung berapi aktif kedua tertinggi di Indonesia. 4jam 30minit masa yg aku perlukan utk sampai ke puncak, Chem tiba setengah jam awal dari aku. Syabas Chem.
chem yang berlagak power


Tak lama kemudian pendaki2 wanita mat saleh yang tinggalkan aku di laluan berbatu tiba. Aku hairan. Kenapa aku yang sampai dulu? Aku dapat rasakan di laluan berbatu puncak yang pertama mesti ada laluan lain. Bukan laluan sama yang aku sampai ke puncak. Guide pendaki2 wanita tu mmg pemurah. sekali lagi dia bagi aku biskut. Tengah2 menggigil aku amik biskut tu,tetapi aku tak berdaya hendak mengunyah.

Chem bagi aku rokok. Seperti yang dijanjikan. aku isap rokok di atas2 puncak Rijani. Reward

Aku tidak lama di puncak. Kesejukan ditambah dengan tiupan angin yang agak kuat. Aku dgn Chem turun. Semasa melintasi laluan berbatu di puncak yang pertama, aku bagitahu yang aku sudah hendak mengalah di situ. Terus Chem ketawakan aku. Aku dgn Chem banyak menggelongsor semasa menuruni laluan berpasir. Turun terasa senang tapi yang tak best, pasir pulak masuk dalam kasut. Rasa rimas.Tak lama kemudian aku jumpa Amir bersama Irwin. Irwin sempat bagitahu ada ketika dia terpaksa merangkak.

Aku sempat jugak tengok laluan lava rinjani. Masih jelas kelihatan. Aku x boleh bayangkan semasa Rinjani keluarkan lava. Mesti panas kan. Tahap kecerunan di situ agak dalam. Kalau jatuh memang tiada harapan nak panjat ke atas.




Perjalanan pulang ke basecamp hanya mengambil masa kurang 2 jam. Kami juga terserempak dengan monyet. Banyak plak monyet yang ada pagi tu. Masa mendaki, tak plak jumpa monyet. Sampai di khemah, porter terus masak lempeng pisang. Sedap tak terkata lempeng tu. Sambil2 aku tengok puncak Rinjani. Macam x percaya yang aku berjaya sampai ke atas tu.


Monyet rinjani


Ikutkan program, kami akan turun ke Segara Anak Lake. Nanti aku ceritakan kemudian



Sunday 5 February 2017

Bukit Penyesalan



Bukit atas bukit. Itulah Bukit Penyesalan. Ada org kata ada 7 bukit dalam jajaran Bukit Penyesalan tapi yang aku sempat kira cuma 3 bukit

Bukit Penyesalan ni aku bahagikan kepada 4 fasa.

Fasa pertama masih boleh bersembang dan sengih2. Fasa kedua kami dah terpisah dari kumpulan pendaki2 lain. Fasa ketiga hilang pedoman dan fasa terakhir terkeluarlah istilah penyesalan dari rauk wajah kami.

Selepas kami melalui track lava kami ada berhenti rehat. Aku dh lupa nama pos tu. Cuma yang aku pasti ada porter tengah masak, sediakan makanan. Bila kami tanya porter tersebut rupanya ada pendaki yang dah mengalah dan tak akan meneruskan pendakian. Mungkin diorg akan bermalam di pos tersebut. Sebab aku x akan rasa diorg akan sampai ke starting point sebelum senja. 


berenti berteduh ,ada  porter tgh sediakan makanan kepada pendaki yang tak dapat meneruskan pendakian ke Basecamp

Kami meneruskan pendakian.Track makin lama makin tinggi tapi kami boleh lagi bersembang2, sumber tenaga dari lunch pun masih ada banyak lagi. Kami masih boleh kejar pendaki2 kelompok hadapan, masih boleh ikut pace pendaki2 lain terutamanya pendaki2 mat saleh.


Tak lama selepas itu kami dah mula nampak bukit. Aku sangkakan tu Bukit Penyesalan tapi Amir menggeleng kepala, maksudnya itu bukanlah Bukit Penyesalan. Semasa daki bukit tersebut Irwin sudah jauh ketinggalan di belakang. Amir memberi arahan kepada aku dgn Chem supaya meneruskan perjalanan bersama pendaki2 lain. Amir akan tggu Irwin dan akan bersama2 Irwin sepanjang pendakian. Cukup bahaya untuk Irwin mendaki keseorangan. Masa tu dah mula rasa sakit2 badan tapi aku tetap optimis yang aku boleh sampai di basecamp sebelum malam.

Semasa kami mendaki bersama pendaki dari Denmark, aku dapati diorg dah mula keletihan. Aku dgn Chem pun dah bole lead pendaki2 tu. Rasa bangga dengan bongkak pun ada jugak masa tu. Tapi disebabkan hujan, track licin kami bukannya jauh kehadapan pun. Dorg still bole kejar kami dan ada satu ketika pendaki2 yang dibelakang tadi dapat memintas kami. Dah rasa berlumba plak. Bila guide pendaki2 Denmark berenti rehat, aku dengan Chem pun turut serta rehat. Guide diorg ada keluarkan biskut, bagi sikit2 kepada ahli pendakian Denmark tu. Guide group Denmark pun bagi jugak biskut ke aku dengan Chem. Biskut ada garam. Aku amik je lah. Rezeki kan. Bekalan snack yang aku bawak, bole simpan. Mana taw kot2 nnti terdesak ada jugak la sumber makanan yang bole aku makan.

Dari jauh aku nampak ada pendaki yang turun. Aku dapat rasa itu pendaki yang x akan teruskan ke basecamp. Telahan aku betul. Semasa pendaki tersebut melintasi kami, guide pendaki tersebut memberitahu yang diorg x teruskan pendakian. Dari percakapan pendaki tersebut aku dapat tahu yang diorg dari Malaysia. Aku pun malas nak tanya lebih2. Makan biskut garam tu lagi bagus.

Tengah2 rehat dengan pendaki Denmark, dari atas aku nampak Amir dengan Irwin. X jauh pun ada la dalam 80-90 meter. Aku nampak Irwin tersengih2. Tapi aku taw dia cover je tu. Bila Amir sampai, Amir terus bagi aku air. Aku rasa dlm beg Amir penuh dengan air. Sebab dari mula pendakian dari pagi, bila aku mintak air, dia terus bagi. Tak rehat lama kami dah nampak bukit lagi. Amir kata dari bukit tu kita akan mula masuk Bukit Penyesalan. Tapi guide dari group Denmark tu bagitaw yang tu bukan Bukit Penyesalan. Ahhh sudah.. Mana satu betul ni. Aku pun dah x kisah la tu bukit apa pun, yang penting aku nak cepat sampai ke basecamp. 

Masa mendaki bukit tersebut, kami dah terpisah dengan pendaki dari Denmark. Lantak lah kalau dorg sampai dulu pun. Yang penting bila aku dah sampai basecamp, khemah dah tersedia. Tak sabar nak salin baju, nak baring2. Kesejukan masa mendaki ternyata mengganggu rentak pendakian. Amir pesan jangan tggu dia dgn Irwin. Terus je mendaki kerana laluan di bukit tu tidak mengelirukan sangat. Bila sampai puncak bukit, aku nampak bukit lagi.Memang kejam jugak track bukit tu. Mencanak terus dah x de mendatar. Aku dgn Chem stop kejap. Makan snack yang ada. Air pun dah tinggal sikit. Kalu penat sangat, Chem suruh kami tggu je Amir. Aku tengok jam baru pkul 3petang. Aku dapat jangka yang kami sempat sampai basecamp sebelum pkul 5. 




Semakin lama keadaan makin sunyi.Kami memang dah jauh terpisah dengan pendaki2 lain. Track yang basah makin sukarkan pendakian kami. Sejuk x payah cakap la. Makin lama dah x nampak pendaki2 lain. kami akan bermalam dalam hujan la di Crater Rim. Bekalan air dgn snack aku dh makin berkurang. Dah x boleh nak bajet stock air aku ni ckup ke untuk sampai ke Basecamp.


Bila dah mendaki beberapa bukit keadaan mula perit bagi kami. Aku dgn chem dah mendaki tanpa pedoman. Dah banyak berenti. Mendaki 5minit, berenti rehat 5minit. Kalau mcm ni la rentak pendakian kami masa tu aku mmg dah mula ragu2. Boleh ke aku sampai ke basecamp? Rasa menyesal dah mula menguasai diri.Aku dengan Chem mula buat strategi. Chem kata kita kena ada target. Target kami cuma pokok2 yang ada di atas laluan kami. Kami akan pilih satu pokok dan x akan berhenti selagi tidak sampai ke pokok tersebut. Berenti rehat cuma 2-3 minit setelah sampai di setiap pokok. Aku dh tak ingat berapa kali kami buat macam tu. Nasib baik hujan pun dah mula berhenti.

Setelah beberapa lama kemudian aku dapat dengar suara2 orang. Sayup2 kedengaran di atas. Aku yakin kami dah mula menghampiri basecamp. Memang betul. Itu adalah basecamp Plawangan Crater Rim. Aku tarik nafas panjang. Bersyukur tak terkira. Tengok jam, pukul 4.45 petang. Macam laju plak kami sampai ke basecamp.

Di basecamp, ada guide dari group lain bertanyakan kepada kami yang porter kami sudah sampai ke belum? aku bagitaw sudah sampai kot. Guide tersebut suruh kami tengok dekat khemah2 di situ. Mungkin khemah kami salah satu dari khemah2 tersebut. Bila dah abis tengok khemah, tak pulak nampak muka porter kami. Aduhhh x akan aku sampai salah basecamp kot. Aku malas nak buat muka panik. Aku tengok henpon, ada line. Apa lagi aku terus amik gambar, upload ke Instagram. Kira reward la tu


Akhirnya Erwin tiba ke basecamp


Chem kesejukan



Guide kami selamba hiking pakai selipar


Aku dah rimas pakai baju basah. Aku suruh Chem cover line sbb aku nak salin pakaian.


Dalam setengah jam, Amir dgn Irwin sampai. Amir kata khemah kami bukan kat area tersebut. Tapi di atas bukit pada basecamp tu. Alamak.. aku dh siap salin baju dgn seluar, x kan kena mendaki lagi kot. Amir bagitahu dah x jauh cuma dalam 10minit je dari situ.

Masa sampai di khemah, porter siap perli kata aku macam artis sebab dah tukar baju. Banyak la ko punya artis. Porter hidangkan kami kopi panas. Memang betul2 syahdu dok hirup kopi dengan cuaca yg sejuk pada ketinggian kira2 2600meter dari paras laut.



Selfie masa sampai di basecamp. Belakang tu puncak Rinjani. Nampak mcm dah dekat

Dalam khemah aku dh urut kaki. Aku tengok Chem dgn Irwin pun sama. Harapan aku bila bangun pagi esok tak lah sakit melampau kaki ni.Malam tu kami makan nasi putih dengan sup ayam.Tapi sup tu macam masak lemak pun ada.Pencuci mulut nenas. Nenas lagi! Kami kena tido awal sbb pkul 3 pagi kami dah kena mula mendaki. Summit attack!



Hujan di Padang Savana

Hujan menyambut kami selepas sampai di pos 3. Nasib baik porter dah sampai awal, diorg sempat siapkan makanan tengahari. Lunch di tengah2 Padang Savana sambil layan hujan yang turun dikategorikan sebagai pengalaman yang menabjubkan jugak kan.Menu lunch kami ari tu boleh dikatakan menyelerakan.(Mungkin dah penat, lapar semua nampak sedap kot) Nasi putih, ada sayur kacang,lobak,kobis,ada ayam goreng dan jugak keropok.Nenas sebagai pencuci mulut. Minum plak kopi panas2. Layanan porter kami memang terbaik. Kami dilayan seperti Raja Melaka.  

Bukan hanya kami yang berhenti rehat di Pos 3. Ada jugak pendaki dari Denmark, Argentina dan juga Singapore. Tercari2 jugak kot2 ada pendaki2 dari Malaysia. Masa makan Amir ada bagitaw, kalau nak makan makanan western pun porter bole sediakan tapi kena bagitaw awal2 sebelum bertolak. Selalunya orang2 putih yang request nak makan western. Tapi bayaran untuk porter kena topup sikit la.

Waktu rehat yang diperuntukkan di Pos 3 hanya sejam. Amir dah siap sound awal2 walaupun hujan kami kena teruskan jugak perjalanan sebab takut sampai di basecamp lewat. Target sebelum gelap kami dah ada di basecamp. Masa makan aku tgk Irwin seronok bersembang dengan orang Denmark. Orang kerja dgn airlines mesti la power english. Aku dgn Chem plak macam ayam dengan itik bila dok bersembang dgn mat saleh tu. 

Selepas melepasi Padang Savana kami akan melalui track lava. Amir kata kesan2 lava semasa Rinjani meletus masih lagi kelihatan. Last eruption kalau aku tak tersalah dengar dalam tahun 2010.Selepas tu ada jugak meletus tapi hanya keluarkan asap tebal.


track lava gunung berapi

Selepas track lava tu kami akan jumpa Bukit Penyesalan. Kenapa nama bukit tu Bukit Penyesalan nnti aku ceritakan.

Saturday 4 February 2017

Journey to another world


Amir dengan konfiden mulakan perjalanan. Dia kat depan dikuti aku kat belakang. Chem dgn Irwin dok ikut lenggang lenggok aku. Amir bagitaw dari starting point nak ke Crater Rim akan amik masa dalam 8-9jam termasuk dengan rehat makan tengahari. Jarak perjalanan dalam 8km lebih kurang.

Kami lalu tepi-tepi kebun sayur penduduk tempatan. Kebun sayur dorg x banyak beza dengan kebun2 sayur yang ada kat sini. Lembu pun banyak. Bila ada lembu, najis2 lembu pun turut serta banyak. Kena hati2 nnti terpijak plak. Lepas tu kami masuk dalam hutan sikit. Ada jugak kena mendaki sikit tapi x lah penat sangat. Iye la kan baru je start perjalanan. Tapi dengan cuaca yang panas terik terasa jugak peluh2 membasahi jersi Arsenal copy ori. Masa kami mulakan perjalanan, porter kami belum mula jalan pun. Diorg akan gerak lambat sikit tapi Amir bagitaw porter2 tu laju, nnti diorg akan potong kami. Masa tu kami cam x percaya sebab sorang porter akan bawak beban dalam 40-45kg. Dengan beban seberat tu aku x akan rasa budak2 Hipster dgn budak Raver mampu angkut beban seberat tu.


Baru setengah jam berjalan aku dah rasa penat sebenarnya. Tak tahu la Chem dgn Irwin mcm mana. Mungkin Amir perasan kot kami penat. Dia pun bagi kami berehat. Tapi yang celakanya masa rehat tu Chem bole plak isap rokok. Amir pun sama. Irwin aku x perasan dia isap ke tak. Aku x isap rokok. Memang dah lama x merokok cuma kadang2 bila keluar lepak ada jugak la terbabas sebatang dua.


Amir kata dengan isap rokok boleh buat kawan. Chem angguk je. Chem offer aku rokok tapi aku kata aku nak isap rokok bila dah sampai summit. Nak jaga stamina la kononnya. Rehat dalam 10minit. 


Amir kata bila keluar dari hutan ni, kami akan melalui Padang Savana. Aku ada jugak google padang savana sebelum ni. Dalam gambar memang cantik. Masa Amir dok cerita pasal padang ni, benda x best pun berlaku. Porter kami, Husin dengan adiknya dah betul2 kat belakang kami. Aduhh down jugak aku masa tu. Memang laju jugak la dorg berjalan dengan dok pikul beban berat2, pakai selipar plak tu


Porter Rinjani. 

Porter terus bergerak laju. Amir kata dorg laju sebab diorg kena sampai dulu untuk masak makanan tengahari. Kami akan berenti makan kat pos 3. Maknanya kami kena jumpa Pos 1 dan Pos 2 sebelum dapat makan tghari. Tapi Amir kata masa kat Padang Savana track mendatar. Ada jugak kena mendaki tapi x terlalu susah.

Ketika kami dah menghampiri pos 1, ada dengar mcm bunyi enjin motosikal. Tapi masa tu buat bodoh je la. Malas nak amik taw dari mana dtg moto tu. Rupa rupanya dari Pos 1 nak ke Pos 2 mmg ada servis motosikal utk mana2 hiker yg dh rasa penat ataupun dlm bahasa kasarnya MALAS nak menapak. Tak salah aku dorg charge dlm 100ribu rupiah. (Kalau naik moto senang byk la). Pos 1 berada dlm ketinggian 1300m, Pos 2 1500m. 



Padang Savana

3jam masa yang Amir peruntukkan kepada kami untuk sampai ke Pos 3. Tapi Amir pandai, dia kata walaupun amik masa 3jam tapi kami boleh menikmati pemandangan Padang Savana yang awesome. Kami terus teruja dan optimis.




Jom kita Lunch dalam hujan