Tuesday 15 August 2017

Pengembaraan Ke Puncak Abadi Para Dewa (Part 3)





untuk baca part 2 sila klik kat sini

Petang di Ranu Kumbolo begitu mengasyikkan. Segala penat dan sakit sendi turun dari puncak Mahameru terus lenyap bila betul2 bersemuka dengan gigi tasik Ranu Kumbolo. Matahari masih menyinar terang tetapi angin yg bertiup dingin di depan tasik begitu menyamankan.


Aku bersama Imran, Aimi dan Syukor berbual2 kosong sambil menikmati pemandangan di situ. Kelihatan ramai pendaki yg mula memasang khemah. Ada juga pendaki yang akan ke Kalimati.


lepak dlm khemah Aimi


Sempat jugak aku melihat para2 pendaki yang kepenatan melalui Tanjakan Cinta. Walaupun bukit tersebut tidaklah terlalu tinggi, tetapi dengan bebanan beg yang dibawa sedikit sebanyak melelahkan mereka.
pendaki yang memaksa diri di Tanjakan Cinta




Menjelang senja, kami semua kesejukan dan mula mengenakan windbreaker masing2. Aku pakai semua baju dan seluar yang ada sepertimana aku mendaki puncak Mahameru. Porter yang baru tiba terus mendirikan khemah. Seperti di Kalimati, aku dan Abang Firhat berkongsi khemah yg sama..


Tidak banyak yg kami lakukan malam tersebut. Selepas makan malam, kami terus tidur. Mesti bangun awal untuk menikmati sunrise yg akan terbit betul2 di antara dua bukit di Ranu Kumbolo.

Jam 4pagi aku bangun dari tidur. Kelihatan abang Firhat di luar khemah bersiap sedia untuk solat subuh. Kawan2 aku yg lain masih lena. Sambil menanti sunrise aku dan abang Firhat tidak banyak bercakap. Ditemani dengan cahaya dari khemah2 di situ, kami cuma menikmati angin pagi, kesejukan yang aku rasa sejuknya seperti ketika summit attack pada hari sebelumnya.

Ramai yang sudah bersiap sedia dengan kamera masing2 di depan tasik. Kawan2 aku yg lain mula bangkit dari tidur. Aku dan abang Firhat cuma berdiri di depan khemah. Kami semua berkongsi tujuan yang sama, menantikan akan cahaya pertama yang akan muncul di antara dua bukit di Ranu Kumbolo.


first light of Ranu Kumbolo

depan tu Abg Firhat


khemah hijau tu khemah aku

Setelah puas menikmati sunrise, porter kami mula beraksi di hadapan kuali untuk menyiapkan sarapan pagi. Dalam serba kekurangan tetapi porter tetap komited untuk menjamu perut2 kami. Hidangan pagi itu, nasi goreng pedas mantap bersama Puding Nutella. Makan tepi khemah, berlatar belakangkan tasik lagenda Ranu Kumbolo terasa seperti sarapan pagi di hotel 6 bintang.


porter tgh siapkan breakfast




Selepas menikmati sarapan pagi, aku dan kawan2 yang lain mula bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan. Kami akan kembali ke starting point di Ranu Pane. Bermalam di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Penanjakan, Gunung Bromo, Pasir Berbisik dan Bukit Teletubbies.

Meninggalkan Ranu Kumbolo adalah perkara yang paling sukar sepanjang pendakian aku ke Gunung Semeru!


selfie dulu sebelum tinggalkan Ranu Kumbolo


*********

Ketika breakfast, kami dikejutkan oleh radio walkie talkie guide kami Hernandez, ada pendaki yang ditimpa bongkahan batu semasa summit attack pada pagi tersebut. Pendaki tersebut tidak dpt diselamatkan, meninggal dunia. Pendaki wanita dari Jakarta, beragama Islam.
Al-Fatihah.


Tamat.

Ditulis dengan penuh yakin, tanpa musykil dan rendah diri oleh Ahmad Armizan Bin Mohamed.