Monday 29 May 2017

Pengembaraan ke Puncak Abadi Para Dewa (Part 1)

Dewa-dewa, tunjukkanlah..
kepada kami semua..
mereka semua tidak percaya..
kepada dewa-dewa...

Line up seramai 9 orang,(aku,Imran,Shukor,Aimi,Abg Firhat,Wan,Nad,Hafiz dan juga Atoi) di bantu dengan 2 orang guide tempatan( Arep & Hernandez) bersama seorang porter (Herman) akan cuba menawan puncak tertinggi Tanah Jawa.  

Menghampiri pukul 11pagi, kami baru memulakan perjalanan. Rasa macam lewat kan? Proses pendaftaran untuk mendaki Gunung Semeru bagi aku memang merumitkan kerana kena buat medical check-up bagai. Nasib baik Hernandez ada kabel besar, maka kumpulan kami tidak perlu mendengar taklimat dari pihak berkuasa tempatan. Kalau kena dengar taklimat tak tahu lah pukul berapa kami boleh memulakan pendakian.

taklimat ringkas dulu...


Arep memberi taklimat ringkas untuk pendakian hari pertama. Kalimati adalah tempat yang kami tuju, kami akan bermalam di sana sebelum summit attack. Untuk sampai ke Kalimati kami akan mengambil masa sekitar 5-7 jam. Mengikut perkiraan Arep jarak dari starting point ke Kalimati adalah 17.5 km. Wow!

pintu gerbang ke Semeru


Awal2 pendakian kami dihidangkan dengan pemandangan kebun2 sayur  penduduk tempatan. Shukor dan Aimi mendahului pendakian ketika itu. Aku berada di kelompok pertengahan bersama Imran ataupun lebih dikenali sebagai abang guide Tahan, Abang Firhat dan Hernandez. Yang lain2 di belakang. Semasa aku bersama dengan Hernandez, beliau ada mengatakan  di sepanjang  checkpoint nanti akan ada warung2 kecil menjual buah, air dan juga makanan2 ringan. Aku agak terkejut kerana tidak dapat dibayangkan macam mana rupa warung2 tersebut. Hernandez bagitahu yang warung2 tersebut diusahakan oleh penduduk tempatan, dan tentang harga jangan khuatir kerana harganya murah.

Setelah sekian lama melalui track yang agak santai kami mula memasuki pola pendakian yang sebenar. Trek sudah mula mendaki sikit demi sedikit. Dengan bebanan beg di belakang membuatkan aku mula termengah2. Aku dapat rasakan kawan2 aku yang lain pun sama.
penat woiiii


Dalam kepenatan berjalan, boleh pula kami terserempak dengan pendaki Hello Kitty ni, Kami difahamkan yang mereka ni adalah pendaki tempatan dan agak popular jugak di kalangan pendaki2 Indonesia. Tempat lain aku rasa tiada pendaki Hello Kseperti ini.

Imran, Abg Firhat, Aimi dan Shukor telah jauh ke hadapan. Mantap juga tenaga mereka. Aku masih bersama Hernandez. Slow slow kayuh. Malas nak kejar pace diorang. Aku simpan tenaga untuk ke Puncak Mahameru. . Arep di belakang bersama dengan Herman (Porter). Hafiz,Nad, Wan dan juga Atoi mungkin bersama mereka.

Setelah beberapa kilometer kami mendaki, kami sampai di Checkpoint 1. Kelihatan warung2 kecil di CP 1 tetapi aku teruskan perjalanan. Target aku hendak berhenti di Checkpoint 3 kerana selepas Checkpoint 3 ada track pacak sepanjang 100 meter. Hernandez ada memberitahu aku yang selepas melepasi Checkpoint 3 kami akan menuju ke Ranu Kumbolo. Tasik yang digembar gemburkan. Salah satu motivasi aku untuk datang ke Semeru adalah kerana Ranu Kumbolo. Masih terngiang2 dalam kepala aku akan keindahan tasik ini dalam filem 5cm. Lebih kurang 2 jam berjalan aku dan Hernandez tiba di Checkpoint 3. Kelihatan juga Imran,Aimi, Shukor dan Abang Firhat berhenti rehat di situ. Hernandez mengeluarkan makanan ringan untuk kami alas perut tapi aku lebih teruja hendak membeli pisang di warung yang terdapat di situ.
warung di Checkpoint 3

 5000 rupiah dapat 2 bijik
Semasa kami berhenti rehat di sini, Hernandez memberitahu kami terdapat satu pendaki sedang berbaring di dalam salah satu warung. Pendaki tersebut pengsan kerana terkena bongkahan batu yang jatuh dari atas semasa mendaki menuju ke puncak.  Mendengar berita tersebut membuatkan aku sedikit takut dan ragu2 untuk ke Puncak Mahameru.

Aimi, Shukor, Imran dan juga Abang Firhat meneruskan perjalanan. Aku dan Hernandez masih berehat di Checkpoint 3. Hernandez sempat memberi pesanan kepada mereka agar berhati2 dan meminta mereka supaya menunggu kami di Ranu Kumbolo untuk makan tengahari. Rasa best pula lepak di Checkpoint 3. Ye lah nak makan apa boleh beli, Harga pun murah. Dekat Malaysia aku tak jumpa lagi situasi seperti ini,

Aku dan Hernandez meneruskan langkahan melepasi Checkpoint 3. Kaki terasa berat untuk melepasi bukit di CP3. Dengan bebanan 11.7kg yang aku pikul terasa bukit itu betul2 menyiksakan. Banyak kali jugak  aku berenti.Hernandez selamba  mendaki bukit tersebut seperti tiada apa2 bebanan yang dia pikul. Selepas melepasi bukit tersebut track mula mendatar. Sudah boleh senyum. Ketika aku asyik mendengar pengalaman Hernandez sepanjang beliau menjadi guide di Gunung Semeru, kami ternampak Aimi,Imran dan Abang Firhat seperti sedang mengelilingi sesorang. Tak lain dan tidak bukan itu mesti Shukor.  Kelihatan Imran sedang merawat luka di telapak tangan Shukor. Aku difahamkan Shukor terjatuh semasa memberi laluan kepada pendaki lain. Agak dalam jugak luka Shukor.
Imran merawat luka Shukor

Selepas selesai membalut luka Shukor kami meneruskan perjalanan. Ranu Kumbolo sudah tidak berapa jauh. Kurang dari sejam kami sudah boleh tiba. Hernandez meminta kami terus berjalan dan sampai di sana kami akan berhenti rehat dan akan menunggu rakan2 lain di belakang. Imran seperti seorang penyelamat terus mengambil beg Shukor. Kali ini Imran mendaki dengan 2 beg!!

Makin lama Ranu Kumbolo jelas kelihatan. Walaupun dari jauh sudah boleh nampak akan kecantikan tasik tersebut. Tidak boleh hendak digambarkan dengan kata2. Semua terus letak beg, capai kamera dan juga henfon terus ambil gambar. Selepas puas ambil gambar kami teruskan langkahan....
Ranu Kumbolo sudah mula kelihatan




Kami mempercepatkan langkahan. Hendak cepat2 tiba ke Ranu Kumbolo. Ingin menikmati keindahan tasik tersebut dengan lebih dekat. Nikmati hidangan tengahri betul2 berhadapan tasik. Hernandez memberitahu kami yang kami tiba awal dari jangkaan. Elok sangat la tu. Bole la rehat lama sikit dekat tasik sambil2 menunggu Arif, Herman dan 4 lagi rakan kami di belakang.
betul2 di depan Ranu Kumbolo

Ketika kami tiba di Ranu Kumbolo sudah banyak khemah yang didirikan. Aku difahamkan tidak semua pendaki yang memasuki Semeru akan meneruskan pendakian ke puncak. Ada sebahagian dari mereka hanya akan menghentikan pendakian di Ranu Kumbolo, menikmati keindahan tasik dan bermalam di situ sebelum menunggu sunrise yang akan terbit betul2 di antara dua bukit di hadapan tasik.

Selepas kami selesai menikmati hidangan makanan tengahari yang tak seberapa, rakan2 kami di belakang, Hafiz,Atoi,Wan dan juga Nad tiba di Ranu Kumbolo. Begitu juga Arif (guide) dan Herman (porter). 

Kumpulan aku yang tiba awal di Ranu Kumbolo mula meneruskan perjalanan. Halangan pertama selepas Ranu Kumbolo adalah Tanjakan Cinta. Bukit yang perlu kami daki. Tidaklah terlalu tinggi tapi memenatkan juga... Ada mitos pasal Tanjakan Cinta ni. Kalau korang nak tahu, korang google je lah

Tanjakan Cinta
Sesiapa yang pernah tengok movie 5cm mesti tahu akan mitos bukit ini. Aku tak terpikir pun pasal mitos tersebut semasa mendaki bukit ni. Apa yang aku tahu aku hendak segera ke atas kerana di sebalik bukit ini terdapat satu padang savana seluas2 nya yang dibanjiri dengan bunga2 seperti bunga Lavender yang di beri nama Oro Oro Ombo.


Ini dia Oro-Oro Ombo. Pemandangan di sini memang cantik. Terlalu sukar untuk digambarkan dan diceritakan. Kalau hendak tahu, korang datang la sendiri.

Dari Tanjakan Cinta, menuruni bukit ke Oro Oro Ombo
Atoi acah acah suwit






















Track Oro Oro Ombo hanya mendatar. Tapi rugi la kalau korang laju semasa melalui track ni. Korang wajib berhenti rehat, sambil ambil gambar. Ambil gambar banyak2 sampai penuh memori kad korang tu.

Oro Oro Ombo yang cuma mendatar

Selepas melepasi Oro Oro Ombo, kami mula sampai ke Cemoro Kandang. Hutan yang banyak terdapat kesan pokok2 tumbang. Dari sini untuk sampai ke Jambangan boleh dikatakan memeritkan juga. 



Cemoro Kandangg
Dengan hari yang sudah petang (dekat sini pukul 5 dah nak masuk maghrib), aku melangkah laju kerana tidak mahu sampai di basecanp dalam keadaan gelap. Di depan aku hanya Imran. Aku bersama Abang Firhat. Yang lain2 di belakang termasuk guide dan porter. Banyak kali juga kami berselisih dengan pendaki dari Kalimati yang menuju ke Ranu Kumbolo. Mereka adalah kumpulan yang turun dari puncak pada hari itu.


Tidak lama kemudian kami sampai di Jambangan, Dari Jambangan terlalu banyak track mendaki. Kalau di Rinjani terdapat Bukit Penyesalan. Di Semeru ada Jambangan. Mendaki, mendaki dan terus mendaki. Gangguan mental mula menguasai diri di sepanjang Jambangan,

Semeru sudah kelihatan
Cuma yang agak menarik dari Jambangan, aku sudah boleh nampak dengan jelas Gunung Semeru yang gah berdiri. Di Jambangan aku sudah mula terasa sejuk. Hari sudah mulai gelap. Kalau boleh aku taknak OT untuk sampai ke Kalimati. Aku mengeluarkan headlamp, terus pasang atas kepala. Persediaan awal mana la tahu kalau aku kena bergerak dalam keadaan gelap menuju ke Kalimati. Abang Firhat sudah jauh kebelakang.

Beberapa kali jugak aku berhenti. Nasib baik ketika itu aku bersama dengan pendaki tempatan yang turut sama menuju Kalimati. Tak de lah aku keseorangan. Ada ketika aku seperti berlari. Sebenarnya aku sudah mula risau. Aku memang tidak mahu berjalan dalam kegelapan malam yang sejuk itu. 

Sekitar jam 5petang aku sampai di Kalimati. Kelihatan Imran yang sudah menunggu dalam kesejukan. Dalam sejuk2 pun sempat jugak la aku dengan Imran bergambar. Abang Firhat tiba dalam 10minit kemudian, manakala kawan2 aku yang lain tiba di Kalimati sekitar 5.30petang.


Dah sampai ke Kalimati.

Guide dan porter terus menyiapkan khemah dan makan malam. Selepas makan malam dalam pukul 8malam, Arif "memaksa" kami untuk rehat dan tidur kerana pukul 1 pagi kami akan mula bergerak, mendaki Semeru seterusnya menakluki puncak Mahameru. Aku berkongsi khemah dengan Abang Firhat. Dengan cuaca yang sejuk mana boleh tidur sangat. Sempat juga aku telan panadol extend dengan harapan semoga urat dan sendi2 aku sempat recover sebelum summit attack. Malam itu aku pakai 4 lapis baju, 2 lapis seluar. Itu pun rasa sejuk boleh rasa sehingga ke tulang sum sum. Dan malam itu aku memang tidak boleh tidur. Kerana kesejukan dan juga kerana suara Nad yang tidak berhenti bercakap.

Akan bersambung......


Ditulis dengan penuh yakin, tanpa musykil dan rendah diri oleh Ahmad Armizan Bin Mohamed